FOLLOW US ON TWITTER
https://twitter.com/NOFC1

Friday, October 26, 2012

Telemovie : Sinopsis Tersalah Cinta





Rahimi bekerja sebagai seorang mutawif di sebuah agensi yang menguruskan umarah. Dia mempunyai isteri bernama Farhana yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. 

Rombongan ke umrah pada kali ini telah menguji keimanan Rahimi di mana dia telah digoda oleh Cinta yang menyertai rombongan tersebut setelah putus tunang. Turut serta dalam rombongan itu ialah Duwen dan Zahren. 


Ibu bapa Duwen menghantarnya mengerjakan umrah agar sikapnya yang nakal berubah. Manakala Zahren merupakan pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Melah sekadar untuk bercuti. Sementara itu, Farhana tidak senang duduk di Malaysia apabila Rahimi secara jujurnya menceritakan dirinya sedang digoda oleh Cinta. Mampukah Rahimi meneguhkan keimanannya setelah digoda oleh gadis cantik seperti Cinta?


Sumber artikel dari Pereka Cerita.com


                               "Thank you for keep on supporting Nazim Othman Career"

0 comments: