FOLLOW US ON TWITTER
https://twitter.com/NOFC1

Thursday, October 04, 2012

Lestary - Asmara





Salam semua, seperti yang anda semua sedia maklum Nazim Othman juga merupakan salah seorang pelakon dalam Drama Asmara. Drama Asmara yg mana erkh? drama yang heroin die Faezah Elai n Shah Jazley hero die..ingat tak? Still x percaya or 50-50? apa2 pn Sebelum itu jom kita baca sinopsis Drama Asmara ini, manalah tahu boleh re-call2 u all punya mind.
Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
Drama Asmara ini dilakonkan oleh Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi. Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem.
Camne dah blh re-call or ingat blk x? or maybe u all smua tgh pikir masa time bile Nazim Othman punya scene? serius x blh ingat hu3 lalalalala :) tp x pe jgn risau or kusut2kan kepala , apa2 pn jom kita layan drama ini. Jgn pulak lps nie anda smue benci kart Nazim Othamn sbb die nakal sgt:) Ingat ye kawan2 nie smua hanya lakonan semata-mata dlm drama jerk Nazim Othman mcm nie.....al-maklumlah x slh klau kita pelbagaikan watak :) ...apa2 pun Selamat menonton :)

0 comments: