FOLLOW US ON TWITTER
https://twitter.com/NOFC1

Tuesday, October 30, 2012

LANGIT MENANGIS - OFFICIAL MV

Klip Video lagu LANGIT MENANGIS yang pernah menjadi runut bunyi / OST drama bersiri Dejavu Di Kinabalu nyanyian Nazim Othman. Klip video ini dijayakan bersama crew dari LENSALEBAR (www.lensalebar.com)

0 comments:

Monday, October 29, 2012

FB & Twitter update 30/10


Latest status update for Nazim Othman 

0 comments:

Friday, October 26, 2012

Cover Story : EH edisi November 2012





20 yang Anggun & Disenangi 2012

0 comments:

Cover Story : Remaja edisi 15 Oktober 2012



Versatil Aura Gaya Vintaj 

0 comments:

TonTon & Download : Trilogi Cinta


Kepada yang ingin Menonton dan Download 
Sila Click link dibawah ('',)

0 comments:

Trilogi Cinta TV1

Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan,

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.


0 comments:

Tonton Telemovie Istimewa Aidiladha - Tersalah Cinta



Untuk menonton semula telemovie Istimewa Aidiladha Tersalah Cinta lakonan 
Nazim Othman, Johan Asaari,Neelofa,Erma Fatima, Aqasha dan ramai lagi.

Anda boleh menonton di Tonton.com.my 

0 comments:

Telemovie : Sinopsis Tersalah Cinta





Rahimi bekerja sebagai seorang mutawif di sebuah agensi yang menguruskan umarah. Dia mempunyai isteri bernama Farhana yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. 

Rombongan ke umrah pada kali ini telah menguji keimanan Rahimi di mana dia telah digoda oleh Cinta yang menyertai rombongan tersebut setelah putus tunang. Turut serta dalam rombongan itu ialah Duwen dan Zahren. 


Ibu bapa Duwen menghantarnya mengerjakan umrah agar sikapnya yang nakal berubah. Manakala Zahren merupakan pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Melah sekadar untuk bercuti. Sementara itu, Farhana tidak senang duduk di Malaysia apabila Rahimi secara jujurnya menceritakan dirinya sedang digoda oleh Cinta. Mampukah Rahimi meneguhkan keimanannya setelah digoda oleh gadis cantik seperti Cinta?


Sumber artikel dari Pereka Cerita.com


                               "Thank you for keep on supporting Nazim Othman Career"

0 comments:

Telemovie Aidiladha : Promo Tersalah Cinta





Telemovie Istimewa - Tersalah Cinta 26/10- Jam 10 Malam di TV3



"Thank you for keep on supporting Nazim Othman Career"

0 comments:

Tonton Cerekarama Menantu Tip Top


Mengisahkan mak mertua yang menginginkan Menantu yang serba serbi bagus.... Macam2 hal berlaku, sampaikan anaknya pun dah sakit jiwa he3.... Last2 boleh tgk sendiri



Bagi peminat2 Nazim Othman yg ingin menonton semula cerekarama Menantu Tip Top ini,
 anda semua boleh menontonnya dgn click link dibawah ('',)

0 comments:

Thursday, October 25, 2012

Koleksi Artikel/Keratan Majalah/Akhbar



Koleksi Nazim Othman di keratan akhbar dan majalah-majalah di awal kemunculannya :) . Errrmmm kan bagus klau kita boleh cr balik semua artikel/keratan majalah/Akhbar tentang Nazim Othman ini utk dijadikan sebagai kenangan n koleksi peribadi ('',)

0 comments:

Saturday, October 06, 2012

Tonton Asmara



Dalam Drama Amara ini , Nazim Othman memegang watak sebagai Raziq.

Still in progress :)

Video will upload soon :)

TQ ('',)

0 comments:

Tonton Begitukah Cinta



Still in progress :)

Video will upload soon :)

TQ ('',)

1 comments:

Tonton Kau Yang Terindah






Still in progress :) 

Video will upload soon :)

0 comments:

Tonton Dejavu di Kota Kinabalu






Still in progress :) 

Video will upload soon :)

1 comments:

Tonton Ponti Anak Remaja


Buat mereka yang terlepas untuk Tonton Ponti Anak Remaja, 
Jom Tonton and layan video2 dibwh :) 
Semoga terhibur :)






0 comments:

Drama - Ponti Anak Remaja



Ponti Anak Remaja mengisahkan tentang kehidupan Ponti, seorang pontianak yang berubah menjadi manusia yang terpaksa berdepan dengan onak dan kehidupan yang sangat mencabar sebagai pelajar kolej di Kuala Lumpur. Untuk dilihat sebagai manusia yang normal, Ponti akan meniru semua tingkahlaku dan perbuatan orang lain.

Ponti juga berwatakan ceria dan mesra dengan kawan-kawannya. Dalam masa yang sama, Ponti sangat sayang pada Hazuan, kekasih yang pernah cuba menyelamatkan nyawanya satu ketika dahulu tetapi kini dia terpaksa berdepan dengan Sofea, bekas kekasih Hazuan yang berdendam dengannya.

Ponti terpaksa berdepan dengan Kamal, kekasih lamanya yang dikenalinya semasa dia masih seorang pontianak. Kamal bertekad mahu memenangi hati Ponti kembali dan mahu Ponti mengingati kembali hubungan yang pernah mereka jalinkan suatu ketika dahulu.

Tarikh Tayangan : 25 Oktober 2010 (Isnin)
Pelakon: Liyana Jasmay, Tam Suhaimi, Nazim Othman, Azlee Khairi, Amran Ismail, Finie Don, Elliza Razak, Aishah Hoo, Adam Faiz


 Barisan pelakon Ponti Anak Remaja 


Seram tak ahahahhahahaahahahahhaa

0 comments:

Futuristik - Klon Teja



Secara ringkasnya, kisah Klon Teja bermula dengan rahsia kekuatan Hang Tuah dan juga rahsia persembunyian harta kesultanan Melayu Melaka telah lama tersimpan di dalam kalung Teja yang dahulunya diwarisi oleh Tun Teja. Kerana tamakkan kuasa yang tersembunyi, kalung Teja sering menjadi perebutan sehingga kalung tersebut terbelah dua. 

Sehingga hari ini, ramai waris mahu mencari kedua-dua kalung Teja untuk dicantumkan semula bagi mencungkil rahsia tersembunyi dan seterusnya menjadi manusia yang menyamai kuasa luar biasa dimiliki Hang Tuah. Pertemuan dua keluarga yang memiliki kalung Teja telah menyebabkan sepasang adik-beradik daripada dua keluarga yang berketurunan Kesultanan Melayu Melaka mendapat kuasa luar biasa. 

Mereka adalah Zack dan Hana yang berada di bawah jagaan Nenek Munah, serta Hairy dan Yasmin yang merupakan anak kepada Datuk Sabri. Zack memiliki kuasa pendengaran luar biasa, Hana pula memiliki kuasa penglihatan yang tajam. Manakala Yasmin mampu mengawal pergerakan dengan perlu menyentuh sesuatu objek dan Hairy pula mampu mengubah dirinya menjadi orang lain. 

Konflik mula timbul apabila Datuk Zabri ingin memulihkan isterinya dari koma dan lantas meminta Profesor Musa mengklonkan kalung tersebut. Namun, ‘Klon Teja’ itu memiliki kuasa sakti yang jahat. Zack, Hana, Yasmin dan Hairy akhirnya bersatu untuk memusnahkan klon Teja setelah ia dicuri oleh waris keturunan Puteri Hang Li Po yang ingin mencungkil rahsia harta tersembunyi itu.

Durasi: 26 Episod X 1 jam
Cerita Asal: Mohd Najib Redzuan , Neo Anderson
Genre : Futuristik
Skrip Oleh : Adza Irdawati, Martias Ali, Adza Nasyaemie & Fairuz Padoli
Terbitan : Hans Isaac - TALL ORDER SDN BHD Pelakon : Nazim, Umi Nazeera, Anding AF dan Balkisyh, Mandy Chong, Sharuddin Thambi, Rahim Omar dll
Arahan: Khalid Shamsuri @ Arab
Siaran: Astro Prima ( July 2009)

#Video yg berkaitan ini masih tidak dapat diperolehi :( 

0 comments:

Tonton Impian Raya Emely






TONTON ONLINE IMPIAN RAYA EMELY 

DI 



Apa-apa pun jom layan promo Impian Raya Emely  




0 comments:

Impian Raya Emely


Pelakon baru yang kacak dan tampan, Siapa lg klau bukan Nazim Othman :). Membawa watak sebagai Aqil didalam Impian Raya Emely dan digandingkan dengan Nuremy Ramli di samping Wawa Zainal dan Adey Shafrien. Ceritanya bermula dengan Nazim yang membawa watak Aqil merupakan pelajar pintar dan kacak, menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Emelyn mula meminati Aqil sejak di bangku sekolah sehinggalah kini, mereka berdua berada di universiti yang sama. Cuma Aqil mengambil jurusan perundangan dan Emelyn pula pereka fesyen. Minatnya tidak pudar dan sentiasa berusaha memikat Aqil namun Aqil tidak melayannya. Malahan Emelyn pernah memberi seupucuk surat kepada Aqil meluahkan perasaannya tetapi tidak mendapat balasan.
Kegembiraan Emelyn semakin berganda apabila bapanya Imran meminta Emelyn untuk tinggal bersama Ani sekeluarga, iaitu jiran mereka dan merupakan keluarga Aqil sepanjang Ramadan kerana bekerja di luar kawasan. Ani amat gembira kerana dia sememangnya menyukai Emelyn dan senang dengan kelakuan Emelyn. Ketika di rumah Aqil, Emelyn berhasrat untuk menjahit baju Melayu Aqil.

Dia juga menanamkan impian untuk menjadi teman wanita Aqil pada Hari Raya yang bakal tiba. Aqil merupakan ahli kelab renang dan disebabkan itu, Emelyn juga turut memasuki kelab yang sama walaupun tidak tahu berenang. Emelyn ingin sentiasa berada disisi Aqil namun berasa iri hati apabila melihat Rina sentiasa bersama Aqil. Namun, Emelyn tetap berfikiran positif sehinggalah suatu hari Huzir datang menegurnya. Huzir merupakan senior Aqil dan terpikat dengan Emelyn yang berperwatakan ceria. Huzir cuba memikat Emelyn tetapi cinta Emelyn tetap kepada Aqil walaupun dia tahu sukar untuk menawan hati Aqil.
Suatu hari, Aqil telah mengajak Rina untuk berbuka puasa bersama. Emelyn berasa amat sedih lalu menangis teresak-esak. Huzir tahu kenapa Emelyn menangis dan mengajaknya berbuka puasa bersama. Selesai berbuka puasa, Huzir mengajak Emelyn berterawih di masjid keluarganya iaitu masjid yang dibina oleh arwah datuk Huzir. Emelyn berasa amat tenang ketika itu.

Keesokan hari sebelah malam, Emelyn tergelincir lalu terjatuh di dalam kolam renang. Aqil pantas menyelamatkan Emelyn. Malahan ketika Emelyn pengsan di perpustakaan, Aqil turut menyelamatkan Emelyn dan mendukungnya. Walaupun begitu, Aqil tetap bersikap dingin terhadap Emelyn. Sikap Huzir yang romantik dan mengambil berat terhadap Emelyn tidak langsung mengganggu Aqil.

Tercapaikan impian Emelyn untuk menjadi teman wanita Aqil pada Raya ini? Ikuti drama 6 episod terbitan David Teo menerusi MIG Sdn Bhd pada setiap Khamis bermula 21 Julai ini. Oppppsss lupa lah drama tue dh hbs dh he3...klau anda semua nk tonton semula  Impian Raya Emely, sila Tonton di Tonton...ermmm tp kena byr lah he3.Layari http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV9/impian_raya_emelyn_46b1afb24a364a1daef09f1300dcd609

0 comments:

Cerekarama - Takdir Afina

Afina (Nadia Aqilah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan walaupun dihalang oleh ibu (Wan Maimumah) dan bapanya (Mubarak Majid). Mereka risaukan keselamatan Afina memandangkan tiada sesiapa yang dapat menjaga Afina di sana. Tetapi Afina berkeras jugak untuk pergi ke Kuala Lumpur.

Afina menjadi seorang yang bebas pergaulannya. Gemar berhibur bersama kawan-kawannya. Di situ lah dia bertemu dengan Hisham (Razali Hussein). Setelah menjalin hubungan agak lama, akhirnya Afina berkahwin dengan Hisham. Namun, Hisham tidak mampu menjadi suami yang baik untuknya. Sikap Hisham yang kuat bekerja menjadikan Afina berasa dirinya di persiakan.

Setelah gagal dalam perkahwinannya bersama Hisham, Afina kembali ke kehidupan lamanya. Berhibur hingga lewat malam. Hidupnya terumbang-ambing dalam dunianya sendiri.


Pertemuan dengan Akmal (Nazim Othman) membuka lembaran baru buatnya. Akmal seorang peguam yang kuat pegangan agama. Afina berasa tenang di samping Akmal. Dia mulai menukar cara kehidupannya. Tidak lagi ke tempat-tempat hiburan. Dia mulai menginsafi diri. Menukar cara berpakaian dan menjadi seorang wanita muslimah sejati.

Akmal membawa Afina berjumpa dengan ibunya (Maimon Mutalib) untuk diperkenalkan kepada ibunya. Di hadapan Afina, ibu Akmal melayannya dengan baik. Namun hakikatnya ibu Akmal tidak menyukai Afina. Dia merasakan Afina tidak setaraf dengan mereka. Dia mahukan menantu yang kaya dan berkedudukan. Lagipun, dia merasakan Afina sama sahaja dengan bekas isteri Akmal, yang sanggup meracuninya semata-mata cemburu bila Akmal melebihkan ibunya.

Afina pulang ke kampung untuk memberitahu ibu dan bapanya tentang hasratnya untuk mendirikan rumahtangga bersama Akmal. Pada mulanya, bapanya tidak mengizinkan dia mengahwini Akmal tetapi setelah dipujuk oleh Afina, akhirnya bapanya mengizinkannya.



Setelah mendirikan rumahtangga, Akmal dan Afina tinggal di rumah mereka sendiri tidak jauh dari rumah ibu Akmal. Ibu Akmal yang sememangnya tidak menyukai Afina, berasa Akmal mulai jauh darinya. Dia pergi berjumpa dengan bomoh untuk meminta sesuatu yang dapat membuat Afina menderita. Dukun itu memberikan sebotol air kunyit yang dicampur dengan sejenis racun. Racun ini dapat membuat Afina lumpuh kerana ia merosakkan saraf tunjang dan membuatkan Afina tidak dapat mengandung kerana air kunyit itu mengecutkan rahim.

Semasa ketiadaan Akmal, ibu Akmal memberikan Afina racun itu. Dia memberitahu air itu adalah untuk menjaga kesihatan dalaman Afina sebagai seorang isteri. Afina yang tidak mengesyaki niat jahat ibu mertuanya itu hanya menurut sahaja kata-kata ibu mertuanya itu. Setelah meminum air itu, Afina selalu batuk-batuk. Tetapi tidak menyangka apa-apa yang buruk terjadi ke atas dirinya.

Ibu mertuanya juga selalu menyuruh dia melakukan berbagai-bagai kerja rumah semasa ketiadaan Akmal. Dia menjadikan Afina seperti orang gaji. Tetapi Afina tidak pernah merungut dan mengadu apa-apa kepada Akmal.

Suatu hari, ibu Akmal lalu di taman permainan, tiba-tiba seorang budak tersepak bola mengenai badan ibu Akmal. Ibu Akmal naik angin lalu memukul budak lelaki itu. Tiba-tiba dia teringat akan zaman keciknya di rotan oleh ayahnya kerana mandi sungai. Dia tergolek-golek di bangku seakan-akan di pukul dengan sesuatu. Ibu Akmal masih truma akan kejadian masa silamnya dan membuatkan mentalnya tidak normal.

Afina memberitahu Akmal yang ibu dan bapanya mahu datang ke rumah mereka tetapi Akmal kena bekerja ke luar kawasan. Semasa ibu dan bapanya datang, ibu mertuanya memerhatikan dari jauh dengan mulut yang terjebik-jebik sebal.

Ibu dan bapa Afina menyuruh Afina mengajak ibu mertuanya datang makan bersama dengan mereka pada hari itu, Afina menyetujuainya. Tidak semena-mena batuk Afina semakin menjadi-jadi sehinggakan mengeluarkan darah dari mulutnya. Ibu dan bapanya bergegas membawa Afina berjumpa doktor. Afina di tahan wad. Doktor yang merawat Afina memberitahu yang Afina keracunan. Di sebabkan racun itu sudah merebak ke saraf tunjang maka Afina telah lumpuh. Bukan itu sahaja, Afina juga tidak boleh bercakap lagi kerana racun itu telah merosakkan peti suaranya.

Akmal berasa sungguh tertekan. Bila doktor memberitahunya yang racun itu bukanlah sesuatu yang boleh didapati dari pemakanan tetapi ianya sengaja di berikan dengan tujuan untuk menyeksa Afina. Ibu Akmal yang takut rahsianya terbongkar telah menuduh ibu bapa Afina yang melakukan perbuatan itu dengan tujuan untuk mendapatkan harta. Akmal mempercayai kata-kata ibunya. Ibubapa Afina terperanjat dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka. Mereka menyatakan mana ada ibu bapa yang sanggup meracun anak mereka sendiri. Akmal yang telah termakan dengan hasutan ibunya tidak mempercayai kata-kata ibu bapa Afina.

Setelah balik rumah mereka, Akmal menjaga Afina. Suatu hari, ibu bapa Afina datang ke rumah mereka tetapi di halau oleh Akmal. Dia sanggup membayar berapa sahaja yang diminta oleh bapa Afina supaya mereka tidak lagi menganggu Afina. Bapa Afina memarahi Akmal yang dirasakannya telah bersikap kurang ajar kepada orang tua.

Akmal meminta ibunya menjaga Afina kerana dia mahu bekerja di luar kawasan. Ibu Akmal berpura-pura setuju. Setelah Akmal pergi, ibu Akmal telah menyapukan serbuk cili ke muka Afina dan menolaknya dari kerusi rodanya. Ibu Akmal telah memukul-mukul badan Afina kerana dia merasakan Afina membebankannya.



Dalam perjalanan ke tempat kerjanya, Akmal berselisih dengan kereta bapa Afina. Ibu bapa Afina datang ke rumah ibu Akmal untuk berjumpa dengan Afina. Dia mendengar suara Afina menangis di dalam rumah. Akmal yang terlihat kereta bapa Afina telah berpatah balik ke rumah ibunya. Sesampainya di rumah ibunya, dia melihat ibu dan bapa Afina telah ada dirumah ibunya. Dia memarahi ibubapa Afina kerana membuat kacau di situ. Ibu Afina memberitahu dia terdengar suara Afina menjerit. Akmal yang tidak mempercayai ibu mertuanya telah menuduh ibunya bercakap bohong tetapi dia tetap membuka pintu rumah ibunya menggunakan kunci yang ada padanya.

Bila pintu terbuka, Akmal melihat ibunya sedang menarik-narik kaki Afina. Akmal meluru mendapatkan Afina. Ibubapa Afina jugak bergegas ke arah Afina. Mereka terkejut kerana seluruh muka Afina berlumuran dengan serbuk cili. Ibu bapa Afina mengangkat Afina masuk ke dalam keretanya dan membawa Afina balik ke rumah mereka. Akmal yang baru mengerti sikap ibunya, mengejar bapa Afina dan memohon maaf tetapi tidak dihiraukan oleh bapa Afina. Dia tetap memandu keretanya selaju mungkin. Akmal mengejarnya dari belakang. Dan tidak semena-mena dia dilanggar oleh sebuah kereta. Dia tercampak ke bahu jalan dan meninggal dunia di situ. Ibu Akmal yang kebingungan hanya memanggil-manggil nama Akmal.

Hiduplah Afina dalam dunia bisunya. Dengan berkerusi roda dia menghayati buku pemberian suaminya, Akmal. Berusaha mencari ketenangan jiwa setelah melalui episod duka dalam hidupnya.


0 comments:

Thursday, October 04, 2012

Lestary - Asmara





Salam semua, seperti yang anda semua sedia maklum Nazim Othman juga merupakan salah seorang pelakon dalam Drama Asmara. Drama Asmara yg mana erkh? drama yang heroin die Faezah Elai n Shah Jazley hero die..ingat tak? Still x percaya or 50-50? apa2 pn Sebelum itu jom kita baca sinopsis Drama Asmara ini, manalah tahu boleh re-call2 u all punya mind.
Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
Drama Asmara ini dilakonkan oleh Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi. Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem.
Camne dah blh re-call or ingat blk x? or maybe u all smua tgh pikir masa time bile Nazim Othman punya scene? serius x blh ingat hu3 lalalalala :) tp x pe jgn risau or kusut2kan kepala , apa2 pn jom kita layan drama ini. Jgn pulak lps nie anda smue benci kart Nazim Othamn sbb die nakal sgt:) Ingat ye kawan2 nie smua hanya lakonan semata-mata dlm drama jerk Nazim Othman mcm nie.....al-maklumlah x slh klau kita pelbagaikan watak :) ...apa2 pun Selamat menonton :)

0 comments: