FOLLOW US ON TWITTER
https://twitter.com/NOFC1

Saturday, October 06, 2012

Futuristik - Klon Teja



Secara ringkasnya, kisah Klon Teja bermula dengan rahsia kekuatan Hang Tuah dan juga rahsia persembunyian harta kesultanan Melayu Melaka telah lama tersimpan di dalam kalung Teja yang dahulunya diwarisi oleh Tun Teja. Kerana tamakkan kuasa yang tersembunyi, kalung Teja sering menjadi perebutan sehingga kalung tersebut terbelah dua. 

Sehingga hari ini, ramai waris mahu mencari kedua-dua kalung Teja untuk dicantumkan semula bagi mencungkil rahsia tersembunyi dan seterusnya menjadi manusia yang menyamai kuasa luar biasa dimiliki Hang Tuah. Pertemuan dua keluarga yang memiliki kalung Teja telah menyebabkan sepasang adik-beradik daripada dua keluarga yang berketurunan Kesultanan Melayu Melaka mendapat kuasa luar biasa. 

Mereka adalah Zack dan Hana yang berada di bawah jagaan Nenek Munah, serta Hairy dan Yasmin yang merupakan anak kepada Datuk Sabri. Zack memiliki kuasa pendengaran luar biasa, Hana pula memiliki kuasa penglihatan yang tajam. Manakala Yasmin mampu mengawal pergerakan dengan perlu menyentuh sesuatu objek dan Hairy pula mampu mengubah dirinya menjadi orang lain. 

Konflik mula timbul apabila Datuk Zabri ingin memulihkan isterinya dari koma dan lantas meminta Profesor Musa mengklonkan kalung tersebut. Namun, ‘Klon Teja’ itu memiliki kuasa sakti yang jahat. Zack, Hana, Yasmin dan Hairy akhirnya bersatu untuk memusnahkan klon Teja setelah ia dicuri oleh waris keturunan Puteri Hang Li Po yang ingin mencungkil rahsia harta tersembunyi itu.

Durasi: 26 Episod X 1 jam
Cerita Asal: Mohd Najib Redzuan , Neo Anderson
Genre : Futuristik
Skrip Oleh : Adza Irdawati, Martias Ali, Adza Nasyaemie & Fairuz Padoli
Terbitan : Hans Isaac - TALL ORDER SDN BHD Pelakon : Nazim, Umi Nazeera, Anding AF dan Balkisyh, Mandy Chong, Sharuddin Thambi, Rahim Omar dll
Arahan: Khalid Shamsuri @ Arab
Siaran: Astro Prima ( July 2009)

#Video yg berkaitan ini masih tidak dapat diperolehi :( 

0 comments: