FOLLOW US ON TWITTER
https://twitter.com/NOFC1

Friday, February 15, 2013

Telemovie Degupan Lisa



                                             
                               

Sinopsis Telemovie Degupan Lisa

Telemovie Degupan Lisa merupakan Telemovie lama lakonan Nazim Othman bersiaran di RTM sekitar tahun 2012 pada bulan April. Dalam Telemovie Degupan Lisa ini Nazim Othman membawa watak sebagai Doktor Fikri yang bertugas di Institut Jantung Negara.

Telemovie Degupan Lisa ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar selaku Tuan Direktor , Elly Mazlein , Corrnie Adrienne , Mandy Choong dan ramai lagi pelakon yang berbakat .(Sinopsis ringkas untuk peminat Nazim Othman) . Scroll ke bawah untuk membaca Sinopsis Penuh Telemovie Degupan Lisa



Telemovie DEGUPAN LISA merupakan sebuah kisah benar tentang rintihan dan rayuan seorang ibu muda, Lisa yang memerlukan jantung baru setelah jantung mekanikal yang dipasang ditubuhnya tidak dapat berfungsi lagi. 


Setiap pagi apabila bangun tidur, Lisa mengharapkan ada berita baik daripada doktor tetapi impian itu tidak menjadi kenyataan. Suaminya, Nicholas pula terpaksa berhadapan dengan masalah pekerjaannya.


Pada saat-saat akhir, Lisa memilih untuk mendermakan organnya sebagai wasiat akhir berikutan hasrat Lisa untuk menderma organ bagi menyelamatkan nyawa pesakit lain, keluarganya telah bersetuju dan membenarkan paru-paru, mata, hati dan buah pinggang Lisa diambil untuk didermakan.



Biarpun tiada siapa yang menderma jantung kepadanya, tetapi dia sendiri sanggup menderma organnya kepada insan lain. Lisa mungkin tiada lagi di dunia tetapi jasanya tetap akan dikenang sampai bila-bila.


Untuk Menonton Sila Klik dibawah :) 
Selamat Menonton 


Thank you for your continues Support Nazim Othman 

0 comments: