Cerekarama - Takdir Afina
Afina (Nadia Aqilah
berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan walaupun dihalang oleh ibu (Wan Maimumah) dan bapanya (Mubarak Majid). Mereka risaukan keselamatan Afina memandangkan tiada sesiapa yang dapat menjaga Afina di sana. Tetapi Afina berkeras jugak untuk pergi ke Kuala Lumpur.
Afina menjadi seorang yang bebas pergaulannya. Gemar berhibur bersama
kawan-kawannya. Di situ lah dia bertemu dengan Hisham (Razali Hussein).
Setelah menjalin hubungan agak lama, akhirnya Afina berkahwin dengan
Hisham. Namun, Hisham tidak mampu menjadi suami yang baik untuknya.
Sikap Hisham yang kuat bekerja menjadikan Afina berasa dirinya di
persiakan.
Setelah gagal dalam perkahwinannya bersama Hisham, Afina kembali ke
kehidupan lamanya. Berhibur hingga lewat malam. Hidupnya
terumbang-ambing dalam dunianya sendiri.
Pertemuan dengan Akmal (Nazim Othman) membuka lembaran baru buatnya.
Akmal seorang peguam yang kuat pegangan agama. Afina berasa tenang di
samping Akmal. Dia mulai menukar cara kehidupannya. Tidak lagi ke
tempat-tempat hiburan. Dia mulai menginsafi diri. Menukar cara berpakaian dan menjadi seorang wanita muslimah sejati.
Akmal membawa Afina berjumpa dengan ibunya (Maimon Mutalib) untuk
diperkenalkan kepada ibunya. Di hadapan Afina, ibu Akmal melayannya
dengan baik. Namun hakikatnya ibu Akmal tidak menyukai Afina. Dia
merasakan Afina tidak setaraf dengan mereka. Dia mahukan menantu yang
kaya dan berkedudukan. Lagipun, dia merasakan Afina sama sahaja dengan
bekas isteri Akmal, yang sanggup meracuninya semata-mata cemburu bila
Akmal melebihkan ibunya.
Afina pulang ke kampung untuk memberitahu ibu dan bapanya tentang hasratnya untuk mendirikan
rumahtangga bersama Akmal. Pada mulanya, bapanya tidak mengizinkan dia
mengahwini Akmal tetapi setelah dipujuk oleh Afina, akhirnya bapanya
mengizinkannya.
Setelah mendirikan rumahtangga, Akmal dan Afina tinggal di rumah mereka sendiri tidak jauh dari rumah ibu Akmal. Ibu Akmal yang sememangnya tidak menyukai Afina, berasa Akmal mulai jauh darinya. Dia pergi berjumpa dengan bomoh untuk meminta sesuatu yang dapat membuat Afina menderita. Dukun itu memberikan sebotol air kunyit yang dicampur dengan sejenis racun. Racun ini dapat membuat Afina lumpuh kerana ia merosakkan saraf tunjang dan membuatkan Afina tidak dapat mengandung kerana air kunyit itu mengecutkan rahim.
Semasa ketiadaan Akmal, ibu Akmal memberikan Afina racun itu. Dia
memberitahu air itu adalah untuk menjaga kesihatan dalaman Afina sebagai
seorang isteri. Afina yang tidak mengesyaki niat jahat ibu mertuanya
itu hanya menurut sahaja kata-kata ibu mertuanya itu. Setelah meminum
air itu, Afina selalu batuk-batuk. Tetapi tidak menyangka apa-apa yang
buruk terjadi ke atas dirinya.
Ibu mertuanya juga selalu menyuruh dia melakukan berbagai-bagai kerja
rumah semasa ketiadaan Akmal. Dia menjadikan Afina seperti orang gaji.
Tetapi Afina tidak pernah merungut dan mengadu apa-apa kepada Akmal.
Suatu hari, ibu Akmal lalu di taman permainan, tiba-tiba seorang budak
tersepak bola mengenai badan ibu Akmal. Ibu Akmal naik angin lalu
memukul budak lelaki itu. Tiba-tiba dia teringat akan zaman keciknya di
rotan oleh ayahnya kerana mandi sungai. Dia tergolek-golek di bangku
seakan-akan di pukul dengan sesuatu. Ibu Akmal masih truma akan kejadian
masa silamnya dan membuatkan mentalnya tidak normal.
Afina memberitahu Akmal yang ibu dan bapanya mahu datang ke rumah mereka
tetapi Akmal kena bekerja ke luar kawasan. Semasa ibu dan bapanya
datang, ibu mertuanya memerhatikan dari jauh dengan mulut yang
terjebik-jebik sebal.
Ibu dan bapa Afina menyuruh Afina mengajak ibu mertuanya datang makan
bersama dengan mereka pada hari itu, Afina menyetujuainya. Tidak
semena-mena batuk Afina semakin menjadi-jadi sehinggakan mengeluarkan
darah dari mulutnya. Ibu dan bapanya bergegas membawa Afina berjumpa
doktor. Afina di tahan wad. Doktor yang merawat Afina memberitahu yang
Afina keracunan. Di sebabkan racun itu sudah merebak ke saraf tunjang
maka Afina telah lumpuh. Bukan itu sahaja, Afina juga tidak boleh
bercakap lagi kerana racun itu telah merosakkan peti suaranya.
Akmal berasa sungguh tertekan. Bila doktor memberitahunya yang racun itu bukanlah sesuatu yang boleh didapati dari pemakanan tetapi ianya
sengaja di berikan dengan tujuan untuk menyeksa Afina. Ibu Akmal yang
takut rahsianya terbongkar telah menuduh ibu bapa Afina yang melakukan
perbuatan itu dengan tujuan untuk mendapatkan harta. Akmal mempercayai
kata-kata ibunya. Ibubapa Afina terperanjat dengan tuduhan yang
dilemparkan kepada mereka. Mereka menyatakan mana ada ibu bapa yang
sanggup meracun anak mereka sendiri. Akmal yang telah termakan dengan
hasutan ibunya tidak mempercayai kata-kata ibu bapa Afina.
Setelah balik rumah mereka, Akmal menjaga Afina. Suatu hari, ibu bapa
Afina datang ke rumah mereka tetapi di halau oleh Akmal. Dia sanggup
membayar berapa sahaja yang diminta oleh bapa Afina supaya mereka tidak
lagi menganggu Afina. Bapa Afina memarahi Akmal yang dirasakannya telah
bersikap kurang ajar kepada orang tua.
Akmal meminta ibunya menjaga Afina kerana dia mahu bekerja di luar
kawasan. Ibu Akmal berpura-pura setuju. Setelah Akmal pergi, ibu Akmal
telah menyapukan serbuk cili ke muka Afina dan menolaknya dari kerusi
rodanya. Ibu Akmal telah memukul-mukul badan Afina kerana dia merasakan
Afina membebankannya.
Dalam perjalanan ke tempat kerjanya, Akmal berselisih dengan kereta bapa Afina. Ibu bapa Afina datang ke rumah ibu Akmal untuk berjumpa dengan Afina. Dia mendengar suara Afina menangis di dalam rumah. Akmal yang terlihat kereta bapa Afina telah berpatah balik ke rumah ibunya. Sesampainya di rumah ibunya, dia melihat ibu dan bapa Afina telah ada dirumah ibunya. Dia memarahi ibubapa Afina kerana membuat kacau di situ. Ibu Afina memberitahu dia terdengar suara Afina menjerit. Akmal yang tidak mempercayai ibu mertuanya telah menuduh ibunya bercakap bohong tetapi dia tetap membuka pintu rumah ibunya menggunakan kunci yang ada padanya.
Bila pintu terbuka, Akmal melihat ibunya sedang menarik-narik kaki
Afina. Akmal meluru mendapatkan Afina. Ibubapa Afina jugak bergegas ke
arah Afina. Mereka terkejut kerana seluruh muka Afina berlumuran dengan
serbuk cili. Ibu bapa Afina mengangkat Afina masuk ke dalam keretanya
dan membawa Afina balik ke rumah mereka. Akmal yang baru mengerti sikap
ibunya, mengejar bapa Afina dan memohon maaf tetapi tidak dihiraukan
oleh bapa Afina. Dia tetap memandu keretanya selaju mungkin. Akmal
mengejarnya dari belakang. Dan tidak semena-mena dia dilanggar oleh
sebuah kereta. Dia tercampak ke bahu jalan dan meninggal dunia di situ.
Ibu Akmal yang kebingungan hanya memanggil-manggil nama Akmal.
Hiduplah Afina dalam dunia bisunya. Dengan berkerusi roda dia menghayati
buku pemberian suaminya, Akmal. Berusaha mencari ketenangan jiwa
setelah melalui episod duka dalam hidupnya.
#harap maaf buat masa ini hanya sinopsis cerita Takdir Afina dan promo Takdir Afina sahaja dpt diuploadkan.Untuk drama penuh cerekarama ini masih dlm proses pncarian :) ##Untuk menonton secara online line sila layari @http://www.beritakini.net/tontondramafilemonline.htm
0 comments: