FOLLOW US ON TWITTER
https://twitter.com/NOFC1

Saturday, October 06, 2012

Impian Raya Emely


Pelakon baru yang kacak dan tampan, Siapa lg klau bukan Nazim Othman :). Membawa watak sebagai Aqil didalam Impian Raya Emely dan digandingkan dengan Nuremy Ramli di samping Wawa Zainal dan Adey Shafrien. Ceritanya bermula dengan Nazim yang membawa watak Aqil merupakan pelajar pintar dan kacak, menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Emelyn mula meminati Aqil sejak di bangku sekolah sehinggalah kini, mereka berdua berada di universiti yang sama. Cuma Aqil mengambil jurusan perundangan dan Emelyn pula pereka fesyen. Minatnya tidak pudar dan sentiasa berusaha memikat Aqil namun Aqil tidak melayannya. Malahan Emelyn pernah memberi seupucuk surat kepada Aqil meluahkan perasaannya tetapi tidak mendapat balasan.
Kegembiraan Emelyn semakin berganda apabila bapanya Imran meminta Emelyn untuk tinggal bersama Ani sekeluarga, iaitu jiran mereka dan merupakan keluarga Aqil sepanjang Ramadan kerana bekerja di luar kawasan. Ani amat gembira kerana dia sememangnya menyukai Emelyn dan senang dengan kelakuan Emelyn. Ketika di rumah Aqil, Emelyn berhasrat untuk menjahit baju Melayu Aqil.

Dia juga menanamkan impian untuk menjadi teman wanita Aqil pada Hari Raya yang bakal tiba. Aqil merupakan ahli kelab renang dan disebabkan itu, Emelyn juga turut memasuki kelab yang sama walaupun tidak tahu berenang. Emelyn ingin sentiasa berada disisi Aqil namun berasa iri hati apabila melihat Rina sentiasa bersama Aqil. Namun, Emelyn tetap berfikiran positif sehinggalah suatu hari Huzir datang menegurnya. Huzir merupakan senior Aqil dan terpikat dengan Emelyn yang berperwatakan ceria. Huzir cuba memikat Emelyn tetapi cinta Emelyn tetap kepada Aqil walaupun dia tahu sukar untuk menawan hati Aqil.
Suatu hari, Aqil telah mengajak Rina untuk berbuka puasa bersama. Emelyn berasa amat sedih lalu menangis teresak-esak. Huzir tahu kenapa Emelyn menangis dan mengajaknya berbuka puasa bersama. Selesai berbuka puasa, Huzir mengajak Emelyn berterawih di masjid keluarganya iaitu masjid yang dibina oleh arwah datuk Huzir. Emelyn berasa amat tenang ketika itu.

Keesokan hari sebelah malam, Emelyn tergelincir lalu terjatuh di dalam kolam renang. Aqil pantas menyelamatkan Emelyn. Malahan ketika Emelyn pengsan di perpustakaan, Aqil turut menyelamatkan Emelyn dan mendukungnya. Walaupun begitu, Aqil tetap bersikap dingin terhadap Emelyn. Sikap Huzir yang romantik dan mengambil berat terhadap Emelyn tidak langsung mengganggu Aqil.

Tercapaikan impian Emelyn untuk menjadi teman wanita Aqil pada Raya ini? Ikuti drama 6 episod terbitan David Teo menerusi MIG Sdn Bhd pada setiap Khamis bermula 21 Julai ini. Oppppsss lupa lah drama tue dh hbs dh he3...klau anda semua nk tonton semula  Impian Raya Emely, sila Tonton di Tonton...ermmm tp kena byr lah he3.Layari http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV9/impian_raya_emelyn_46b1afb24a364a1daef09f1300dcd609





0 comments: