FOLLOW US ON TWITTER
https://twitter.com/NOFC1

Sunday, September 30, 2012

Cerekarama : Menantu Tip Top

Tajuk menantu tip top. Drama Menantu Tip Top ni kalau tengok promo hari itu ianya dilakonkan oleh beberapa pelakon tempatan seperti Amyza Aznan, Sari Yanti, Nazim Othman, Zila Bakarin dan Eby Yus. Nazim Otham pun ada gak yer?? Sejak tengok drama Pontianak The Series hari tu, terus rasa yang Nazim Othman ini ada potensi untuk maju ke hadapan lagi. Sinopsis drama ni mungkin meceritakan tentang Amyza nak mencari menantu yang serba lengkap dan tip top maksudnya yang pandai buat semua benda. Macam robot barang kali.



Nazim Othman
Sari Yanti

0 comments:

Slot Akasia : Dejavu Kota Kinabalu


Ammar menyintai Inara sepenuh hatinya dan mereka telah memeterai cinta mereka di puncak Gunung Kinabalu. Akan tetapi, kisah cinta mereka tersemadi apabila Inara pergi dijemput Ilahi. Namun, kasih sayang Ammar terhadap Inara tidak pernah luput walau sedetik pun. Sebelum akhir hayatnya, Inara telah mendaftar sebagai penderma organ.

Nadira merupakan seorang pesakit jantung dan juga kekasih Bazli. Bazli begitu menyintai dan mengambil berat terhadap Nadira dan dialah yang membiayai kos pembedahan pemindahan jantungnya. Jantung yang diterima Nadira merupakan jantung Inara.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira. Ammar tidak mengerti mengapa seperti ada sesuatu yang menarik dirinya ke arah Nadira. Setiap kali menatap wajah Nadira, bayangan Inara seakan-akan muncul di depan mata. Nadira juga begitu, jantungnya berdegup tatkala Ammar berada di hadapannya. Adakah Ammar sebenarnya menyintai Nadira kerana Nadira atau kerana Nadira mengingatkannya kepada Inara? Bagaimana pula dengan kasih sayang Bazli terhadap Nadira? Siapakah pula pilihan hati Nadira - Ammar atau Bazli?

#For sure ramai yg dh tahu apa kesudahan drama Slot Akasia Dejavu Kota Kinabalu ini kan kan kan :) ... bg yg tidak mengikuti or yg ingin tonton smula drama ini , boleh lh menonton di Tonton.com.my











0 comments:

Slot Akasia : Kau Yang Terindah


Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya.
Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman.
Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah.Adakah cinta alisya (neelofa) berpihak kepada firman (hafil andrio putra) atau kapten syamiel (nazim othman) ? Sama-sama kita nantikan kesudahan ending akhir drama kau yang terindah slot akasia tv3 BARISAN PELAKON & LAGU TEMA OST Slot akasia kau yang terindah menampilkan pelakon-pelakon sensasi antaranya Neelofa, Nazim Othman, Hafil Andrio Putra dan pelakon-pelakon lain.

#Tonton online di www.tonton.com.my 





0 comments: