FOLLOW US ON TWITTER
https://twitter.com/NOFC1

Sunday, September 30, 2012

Slot Akasia : Dejavu Kota Kinabalu


Ammar menyintai Inara sepenuh hatinya dan mereka telah memeterai cinta mereka di puncak Gunung Kinabalu. Akan tetapi, kisah cinta mereka tersemadi apabila Inara pergi dijemput Ilahi. Namun, kasih sayang Ammar terhadap Inara tidak pernah luput walau sedetik pun. Sebelum akhir hayatnya, Inara telah mendaftar sebagai penderma organ.

Nadira merupakan seorang pesakit jantung dan juga kekasih Bazli. Bazli begitu menyintai dan mengambil berat terhadap Nadira dan dialah yang membiayai kos pembedahan pemindahan jantungnya. Jantung yang diterima Nadira merupakan jantung Inara.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira. Ammar tidak mengerti mengapa seperti ada sesuatu yang menarik dirinya ke arah Nadira. Setiap kali menatap wajah Nadira, bayangan Inara seakan-akan muncul di depan mata. Nadira juga begitu, jantungnya berdegup tatkala Ammar berada di hadapannya. Adakah Ammar sebenarnya menyintai Nadira kerana Nadira atau kerana Nadira mengingatkannya kepada Inara? Bagaimana pula dengan kasih sayang Bazli terhadap Nadira? Siapakah pula pilihan hati Nadira - Ammar atau Bazli?

#For sure ramai yg dh tahu apa kesudahan drama Slot Akasia Dejavu Kota Kinabalu ini kan kan kan :) ... bg yg tidak mengikuti or yg ingin tonton smula drama ini , boleh lh menonton di Tonton.com.my











0 comments: