Ponti Anak Remaja mengisahkan tentang kehidupan Ponti, seorang pontianak
yang berubah menjadi manusia yang terpaksa berdepan dengan onak dan
kehidupan yang sangat mencabar sebagai pelajar kolej di Kuala Lumpur.
Untuk dilihat sebagai manusia yang normal, Ponti akan meniru semua
tingkahlaku dan perbuatan orang lain.
Ponti juga berwatakan ceria dan mesra dengan kawan-kawannya. Dalam masa
yang sama, Ponti sangat sayang pada Hazuan, kekasih yang pernah cuba
menyelamatkan nyawanya satu ketika dahulu tetapi kini dia terpaksa
berdepan dengan Sofea, bekas kekasih Hazuan yang berdendam dengannya.
Ponti terpaksa berdepan dengan Kamal, kekasih lamanya yang dikenalinya
semasa dia masih seorang pontianak. Kamal bertekad mahu memenangi hati
Ponti kembali dan mahu Ponti mengingati kembali hubungan yang pernah
mereka jalinkan suatu ketika dahulu.
Tarikh Tayangan : 25 Oktober 2010 (Isnin)
Pelakon: Liyana Jasmay, Tam Suhaimi, Nazim Othman, Azlee Khairi, Amran Ismail, Finie Don, Elliza Razak, Aishah Hoo, Adam Faiz
Barisan pelakon Ponti Anak Remaja
Seram tak ahahahhahahaahahahahhaa
0 comments: